Jumaat, 29 November 2019

PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.
Rank
Player
Malaysia Super League Club(s)
Goals
1
Kelantan (41), Pahang (29), T-Team (11), Kuala Lumpur (12), Felda United (6), FA Selangor (3)
102
2
Terengganu (81), Pahang (3)
84
3
UPBMyTeam (14), Kelantan (36), Johor Darul Ta'zim (8), Armed Forces (1), Terengganu (2), Felda United (4), Pahang (5)
70
3
70
5
Kedah (43), ATM (17)
60
6
Kedah (60)
60
7
Terengganu (15), FA Selangor (18), Kelantan (5), Felda United (15), Pahang (5)
58
8
54
9
Perak TBG (49), Kelantan (4)
53
9
53[1]
                                                                                       


[1] https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Super_League

Sabtu, 23 November 2019

Pakej istimewa SV Wehen untuk Fadzli


ARKIB : 28/09/1999
PELUANG keemasan sekali seumur hidup terbentang luas untuk pemain berbakat Pahang, Fadzli Shaari apabila kelab bahagian tiga Jerman, SV Wehen bersetuju menawarkannya satu pakej istimewa bagi menimba pendedahan profesional di sana, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.
Penasihat Teknikal Jabatan Belia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Holger Obermann yang mengusahakan kedatangan Fadzli sebelum ini, baru saja menghantar dua surat tawaran Wehen itu kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Surat kepada Timbalan Presiden FAM itu menyatakan jaminan Wehen untuk menempatkan Fadzli berlatih dan belajar dengan Sekolah Perniagaan Brita yang juga merupakan syarikat penapis air terkenal Jerman.
Fadzli yang kini bersama Akademi Bola Sepak Pahang, turut mendapat reaksi menggalakkan dari Wehen sepanjang empat minggu latihan pendedahan terdahulunya di sana.
Malah bertolak dari situlah, Wehen turut sanggup menawarkan kontrak dua tahun kepada Fadzli dengan gaji bulanan sebanyak RM2,000 termasuk bonus perlawanan di samping kemudahan penginapan dan penerbangan percuma.
Jika Fadzli, 16, bersetuju, dia dijangka berlepas ke Wehen pada awal tahun depan sebaik sahaja berakhirnya cuti musim sejuk di Jerman.
Namun sebelum itu dia diperlukan untuk menimba latihan giat mempelajari bahasa Jerman di Institut Goethe, Kuala Lumpur dengan tajaan sepenuhnya kerajaan Jerman.
Obermann yang mengawasi prestasi Fadzli sejak 1995, sudahpun bertemu dengan Tengku Abdullah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan pegawai akademi negeri itu untuk mendapatkan pelepasan Fadzli.
Fadzli sekembalinya ke tanah air selepas ujian pendedahan, bulan lalu, pernah berkata, dia lebih suka kekal bersama Pahang daripada kembali ke Jerman hanya atas alasan berasa sunyi berjauhan daripada keluarga dan rakan.
Dia ke Wehen sejak akhir Julai lalu bersama Rudie Ramli dari Selangor yang turut menimba pendedahan dengan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.
Pada 1997, Fadzli terpilih mewakili skuad bawah 16 tahun Malaysia pada Piala Nike Antarabangsa.
''Fadzli baru pulang ketika disoal media tentang kerjaya bola sepaknya. Ketika itu dia belum pasti apakah dia mahu kekal di Pahang atau menyambung pendedahan di Jerman.
''Ia merupakan satu proses yang biasa bagi seorang remaja apabila berasa kesunyian di Jerman apatah lagi kurang fasih berbahasa Inggeris,'' kata Obermann.
Obermann turut yakin, ada keluarga Melayu atau Islam lain yang akan membantunya mengurangkan rasa sunyi bila berjauhan daripada keluarga.
''Apa pun, saya pasti Fadzli akan pulang dengan pengetahuan baru tentang bola sepak moden untuk dicurahkan pula kepada negeri dan pasukan kebangsaan, sedikit masa lagi.

Rudie, Fadzli harapan baru bola sepak negara


ARKIB : 26/08/1999


FADZLI Saari (kiri), Holger Obermann dan Rudie Ramli menunjukkan isyarat bagus dan trofi penghargaan sekembalinya daripada menjalani latihan pendedahan lima minggu di Jerman, dalam sidang media di Kelana Jaya, semalam.


MASA depan bola sepak Malaysia bakal kembali cerah sekembalinya dua pemain remaja, Rudie Ramli dan Fadzli Saari daripada latihan pendedahan selama lima minggu di Jerman, semalam.
Penasihat Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Holger Obermann berkata, Rudie dan Fadzli menjanjikan harapan baru buat bola sepak negara di sebalik prestasi buruk skuad negara dan Olimpik 2000 kebelakangan ini.
Rudie menimba pengalaman di kelab gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich manakala Fadzli diletakkan di bawah kelab bahagian tiga, SV Wehen dekat Frankfurt.
Ini merupakan penghantaran pemain remaja Malaysia kali kedua atas usaha Obermann selepas Akmal Rizal Rakhili dan Rafiz Abu Bakar sejak empat tahun lalu.
Rudie dari Selangor bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bakat sepenuhnya akibat masih terasa kesan kecederaan lutut yang baru dibedah enam bulan lalu.
Namun Fadzli, pemain berbakat Pahang, mulai memikat kelab separuh profesional Wehen yang turut membuat tawaran kepadanya untuk melanjutkan tempoh latihan di sana.
''Latihan di Jerman memberikan petanda baru bahawa pemain remaja Malaysia menjanjikan harapan cerah apabila mengambil alih tanggungjawab dalam pasukan kebangsaan,'' kata Obermann lagi.
Bagaimanapun katanya, Rudie dan Fadzli belum boleh diberikan tawaran menandatangani kontrak dengan sebarang kelab di Jerman selagi tidak memenuhi keperluan pendidikan di sana.
''Tidak mudah bagi sebarang kelab di Jerman membuat tawaran sedemikian. Pemain muda seperti mereka perlukan pendidikan akademik terlebih dulu sebelum diberi peluang menjadi pemain profesional sepenuhnya.
''Di Jerman, pendidikan masih menjadi keutamaan, lebih daripada segala-galanya termasuk bola sepak,'' katanya pada sidang media menyambut kepulangan Rudie dan Fadzli di Yayasan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Kelana Jaya, semalam.
Katanya lagi, Jerman amat berwaspada tentang itu kerana mahukan pemain mampu menyediakan diri dengan sesuatu ilmu untuk digunakan sebaik sahaja kerjaya bola sepak berada di penghujung.
Penghantaran Rudie dan Fadzli turut mendapat sokongan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) malah Penolong Setiausaha Agungnya turut berharap mereka mampu memanfaatkan pengalaman yang ditimba itu untuk bola sepak negara.
''Saya puji daya usaha Pahang dan Selangor ini yang sanggup mengeluarkan belanja untuk mengetengahkan bakat baru di Jerman.
''Begitupun, kita ada banyak masa untuk membimbing mereka dan tidak perlu terburu-buru mengikat mereka dengan kontrak bersama pasukan negeri dalam Liga Perdana,'' kata Yap lagi.
Dalam pada itu, Rudie berkata, dia masih berminat untuk menyambung sesi pendedahan di Jerman pada masa akan datang jika beroleh peluang lagi.
Bagaimanapun, Fadzli lebih cenderung untuk kembali menabur bakti di Pahang sekiranya diberi pilihan untuk meneruskan kerjaya bola sepaknya.
Oleh: ABDUL HAFIZ AHMAD

Rudie, Fadzli berlatih di Jerman


ARKIB : 22/07/1999

RUDIE Ramli (kiri) dan Mohd. Fadzli Shaari (kanan) yang diberi peluang menimba ilmu bola sepak di Jerman bersama kelab Bayern Munich dan SV Wehen, bergambar bersama Holger Obermann pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.


PENYERANG muda Selangor, Rudie Ramli dan pemain tengah Pahang, Mohd. Fadzli Shaari bakal menimba ilmu paling berharga dalam bola sepak apabila dipilih menyertai latihan dengan kelab terkemuka Jerman, Bayern Munich dan SV Wehen yang terkenal dengan program remaja yang cemerlang, lapor JOHARI SHAWAL.
Rudie, 17, pemain termuda skuad Liga Perdana Selangor akan berlatih bersama kelab juara Bundesliga, Bayern Munich manakala Fadzli, 16, yang beraksi dengan pasukan bawah 19 tahun Pahang, bakal bersama SV Wehen, kelab divisyen tiga liga Jerman selama kira-kira enam minggu.
Penyertaan kedua-dua pemain remaja itu dikendalikan oleh Penasihat Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Holger Obermann dan bahagian sukan Kementerian Pendidikan.
Rudie, pemain remaja terbaik tahun lalu, akan menyertai latihan bersama skuad A-Juniors Bayern Munich selain berpeluang menyaksikan perlawanan-perlawanan antarabangsa membabitkan pasukan senior kelab itu.
Dia juga berpeluang bertemu Presiden Bayern yang juga bekas pemain antarabangsa Jerman, Franz Beckenbauer selain Karl-Heinz Rummenigge, Gerd Muller dan Sepp Maier.
Rudie akan tinggal bersama bekas pemain kebangsaan, Lim Teong Kim, yang kembali ke Munich selepas setahun menabur khidmat dengan FAM.
Manakala Fadzli, pemain remaja terbaik 1999, akan menyertai pasukan semi-profesional, SV Weven.
Penyertaan Fadzli di Weven hanya sebagai latihan ujian tetapi pemain tengah itu berpeluang diserap dalam kelab itu selama setahun jika berjaya.
Obermann pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam berkata, penyertaan dua pemain itu diharap dapat memberikan pendedahan dan pengalaman bermakna bagi kedua-dua pemain itu.
''Walaupun tempoh latihan yang diterima begitu pendek, sekurang-kurangnya ia dapat mengubah visi dan kefahaman pemain itu tentang bola sepak moden,'' ujar Obermann.
Katanya, kedua-dua pemain ini dipilih berdasarkan persembahan cemerlang ketika beraksi bersama pasukan masing-masing.
Sebelum ini, bekas penyerang Olimpik 2000 dari Kedah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Rafiz Abu Bakar diberi peluang berlatih bersama kelab itu tahun lepas juga atas kendalian Obermann dan telah membuktikan ilmu yang ditimba di sana tidak sia-sia.
''Kita harap dapat melahirkan beberapa lagi pemain yang mampu mengubah senario bola sepak negara ini satu ketika nanti,'' tambah Obermann.
Dua pemain itu yang turut hadir pada sidang akhbar semalam berkata, mereka gembira diberi peluang besar seumpama itu dan berjanji tidak akan mensia-siakannya.
''Saya harap pengalaman di sana nanti dapat dijadikan batu loncatan untuk saya meningkatkan permainan,'' kata Rudie.
Manakala Fadzli berkata, inilah peluang terbaik baginya untuk meningkatkan diri selain memahami corak sebenar bola sepak moden.
Rudie dan Fadzli pernah bersama pasukan kebangsaan bawah 14 tahun yang dikendali Obermann untuk Kejohanan Piala Nike Asia Pasifik.
Rudie bersama pasukan yang muncul naib juara pada 1996 manakala Fadzli bersama pasukan yang menjuarai kejohanan dua tahun kemudian.
Kedua-dua pemain itu berlepas ke Jerman malam tadi bersama Obermann.